Tuesday, 16 April 2013

Ziarah ayah...

Assalamualaikum...

Sabtu: 13 April 2013, hari ini hari ke 42 selepas ayah selesai berubat dengan Pusat Perubatan Alternatif & Shifa, Datuk Azhar Al-Qadiri..bermakna ayah telah melalui tempoh itu...

Terima kasih Allah... Alhamdulilah, ayah semakin pulih, suara yang dulunya kedengaran jauh kedalam kini kembali seperti sediakala walaupun ayah masih terbaring tak boleh bangun, namun syukur...ayah boleh makan dan minum, solat, zikir, mengaji...dan rutin biasa, ayah memang sentiasa mengikuti perkembangan semasa...jadi berita di TV tetap kemestian untuk diikuti....moga ayah pulih sepenuhnya.

Sempat juga aku urutkan ayah dengan Krim Bio-Ever, sapukan disetiap sendinya, tulang belakangnya...moga perjalanan darahnya lancar semula...dan aku selimutkan dengan tilam BVSM...moga dapat membantu dan memberi keselesaan buatnya.

Aku tinggalkan ayah lagi...kembali semula ke JB jam 9.45 mlm Isnin utk menyambung tugas harian ku bersama suami dan anak-anak...Terima kasih lagi buat Kak Oda sefamily, seseungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasabaik kalian yang tak ternilai harganya...

Moga jumpa lagi ayah...

No comments:

Post a Comment