Tuesday, 16 April 2013

Ziarah ayah...

Assalamualaikum...

Sabtu: 13 April 2013, hari ini hari ke 42 selepas ayah selesai berubat dengan Pusat Perubatan Alternatif & Shifa, Datuk Azhar Al-Qadiri..bermakna ayah telah melalui tempoh itu...

Terima kasih Allah... Alhamdulilah, ayah semakin pulih, suara yang dulunya kedengaran jauh kedalam kini kembali seperti sediakala walaupun ayah masih terbaring tak boleh bangun, namun syukur...ayah boleh makan dan minum, solat, zikir, mengaji...dan rutin biasa, ayah memang sentiasa mengikuti perkembangan semasa...jadi berita di TV tetap kemestian untuk diikuti....moga ayah pulih sepenuhnya.

Sempat juga aku urutkan ayah dengan Krim Bio-Ever, sapukan disetiap sendinya, tulang belakangnya...moga perjalanan darahnya lancar semula...dan aku selimutkan dengan tilam BVSM...moga dapat membantu dan memberi keselesaan buatnya.

Aku tinggalkan ayah lagi...kembali semula ke JB jam 9.45 mlm Isnin utk menyambung tugas harian ku bersama suami dan anak-anak...Terima kasih lagi buat Kak Oda sefamily, seseungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasabaik kalian yang tak ternilai harganya...

Moga jumpa lagi ayah...

Sunday, 31 March 2013

Sirih Junjung Majlis Pertunangan


Adat dikendong,
    Budaya Disanjung,
       Agama Dijunjung...


Hari Sabtu takde tempahan kuih, tapi ada tempahan Sirih Junjung...I like! ingat nak buat ringkas je seperti permintaan tuannya..tapi pada aku yang ringkas mcm tak memuaskan hati...bole gitu..heheh..tambah2 kalau daun sirih banyak...hemm lagi pulak JB ke Yong Peng....tak jauh sangat kann....

Sirih Junjung ni untuk adik kepada pengasuh anakku yang akan melangsungkan pertunangannya pada 31 Mac 2013, ...Selamat Bertunang ye...

~~~Lewat ke kedai bunga, jd tak banyak pilihan la utk di sambar... so inilah rupanya..

 

Thursday, 28 March 2013

Assalamualaikum...teman pembacaku...

Ketenangan akan hadir jika kita menjemputnya...oleh itu hanya diri kita yang dapat menghadirkan ketenangan itu sendiri yang sudah pasti dengan mengundang kesabaran, mengendong rasa keinsafan dan yang penting menggapai dan meresapi keimanan dalam jiwa....dan ketenangan itu dengan relanya pasti datang menyapa...


Wednesday, 27 March 2013

Assalamualaikum...
Hari ini hari ke 39 ayahanda terlantar sakit di rumah Kak Oda Sharifah, Teluk Mas, Melaka. Minggu sudah aku, suami dan anak2 ziarah ayah disana...Renungan sayu pandangannya matanya dan luahan kata-katanya benar-benar meruntun jiwaku...aku rindukan ayah...

Moga ayah diberi kekuatan dan ketabahan...aku di sini hanya dapat berdoa dan berdoa agar ayah sembuh, dikurniakan kesihatan dan keafiatan spt dulu....Ya Allah hanya padamu tempat ku meminta dan bermohon, aku redha akan ketentuanMu......

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Khas untuk coretanku, celoteh, info2, my biz....